Skip to main content

Selebriti

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Sedap Tak Boleh Bawa Bincang! Inspektor Sani & Botol Bergabung Tenaga Masak Nasi Daging Utara Dengan Air Asam Kerisik

Astro Gempak_Goodday Eps 10

Sekilas

  • Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kesebelas yang menampilkan menu nasi daging utara dengan air asam kerisik dan dadih susu strawberi.
  • Resipi lengkap disediakan dengan penggunaan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah rasa pada hidangan.
  • Program ini disiarkan di Astro Ria sepanjang Ramadan dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kesebelas yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Botol (Chubb-E) yang akan memasak pelbagai menu seperti nasi daging utara dengan air asam kerisik dan dadih susu strawberi.

Drama apa yang akan terjadi antara Botol dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI DAGING UTARA DENGAN AIR ASAM KERISIK

BAHAN-BAHAN:

1kg Daging lembu

1.5 liter Air

1 inci Halia

Rempah 3 sekawan

1 biji Bawang besar (dihiris nipis)

1 biji Tomato besar (dihiris kasar)

7 biji Cili padi hijau (dihiris nipis)

2 biji Cili merah besar

1 biji Tomato merah besar

1inci Belacan

1 sdk Garam

1 sdb Gula

1cawan Air asam jawa

3 biji Jus limau kasturi

1 sdb Kerisik

1kg Beras Basmathi

1 liter Air rebusan daging

½ cawan Susu GOODDAY

2 sudu besar Serbuk rempah sup

2 sudu besar Serbuk rempah kurma

1 biji Tomato (dipotong dadu)

1 biji Bawang besar ( dihiris nipis)

4 ulas Bawang putih (dihiris nipis)

1 inci Halia (dihiris)

2 helai Daun pandan

1 batang kayu manis, 3 bunga lawang, 5 bunga cengkih, 5 buah pelaga

¼ cawan Minyak masak

2 sudu besar Minyak sapi

2 sdk Garam

Daun sup, Daun bawang, Bawang goreng

CARA PENYEDIAAN:

1.Rebus daging bersama semua bahan sehingga daging lembut. Ini untuk mendapatkan air rebusan daging.

2.Untuk air asam kerisik, kisar cili besar, tomato, belacan, garam, gula, air asam jawa, dan jus limau. Kisar halus.

3.Kemudian di dalam mangkuk, campur bahan kisar dengan bahan lain. Ramas perlahan sehingga keluar air bahan-bahan tersebut.

4.Untuk masak nasi daging, tumis bawang merah, bawang putih, halia, tomato, dan daun pandan hingga garing.

5.Kemudian, masukkan  rempah 4 sekawan, rempah kurma dan rempah sup. Perlahankan api dan masak sehingga wangi.

6.Masukkan air rebusan daging dan susu. Didihkan.

7.Masukkan beras yg telah dibasuh dan ditapis, kacau perlahan.

8.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

9.Biarkan sehingga masak.

10.Hiris daging yg telah direbus tadi.

11.Hidang bersama daun sup, daun bawang, dan bawang goreng.

#2 DADIH SUSU STRAWBERI

BAHAN-BAHAN:

3 liter Susu GOODDAY Strawberi

10gram Serbuk agar-agar clear

CARA PENYEDIAAN:

1.Panaskan semua bahan hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya agar-agar tidak berketul.

2.Sejukkan selama 10 minit.

3.Isi ke dalam bekas.

4.Sejukkan semalaman sebelum hidang.

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Must-Watch Video

Advertisement