Skip to main content

Viral

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Sarjan Ain Datang Tolong Inspektor Sani Masak Mi Kari Ipoh & Kek Buttermilk

WhatsApp Image 2026 02 27 at 11.33.05 AM (2)

Sekilas

  • Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kedua belas yang menampilkan menu mi kari Ipoh dan kek buttermilk menggunakan susu Goodday.
  • Resipi lengkap dan cara penyediaan kedua-dua menu dikongsi dalam program yang turut ada gerai di bazar Ramadan Putrajaya bermula 19 Februari.
  • Saksikan program ini di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan jam 5.30 petang dan ikuti perkembangan di media sosial dengan #MisiInspektorSani.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kedua belas yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Sarjan Ain (Isyariana) yang akan memasak pelbagai menu seperi mi kari Ipoh dan kek buttermilk

Drama apa yang akan terjadi antara Sarjan Ain dan Inpektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 MI KARI IPOH

BAHAN-BAHAN:

Stok untuk kuah kari:

2 batang Daun bawang

½ inci Halia

1 ketul Dada ayam

4 cawan Air

Bahan kisar:

4 biji Bawang merah kecil

4 ulas Bawang putih

2 batang Serai                              

2 sudu makan Ikan bilis

1 sudu besar Udang kering

½ cawan Minyak masak

4 sudu besar Serbuk kari daging

2 sudu besar Cili kisar

200ml Susu GOODDAY

5-6 cawan Air rebusan ayam (ikut kepekatan)

Garam secukupnya

10 biji Fishball goreng

10 biji Fishball putih

2 ketul Fishcake

8 ketul Tauhu pok

Mi kuning, Sawi baby, Kacang Panjang, Taugeh, Cili Merah,

Daun bawang, Daun sup, Limau kasturi

CARA PENYEDIAAN:

1.Masukkan ayam, daun bawang, dan halia di dalam air dan rebus perlahan.

2.Tumis bahan kisar sehingga garing.

3.Kemudian, masukkan serbuk kari dan cili kisar dan tumis lagi sehingga masak.

4.Masukkan air stok ayam dan susu GOODDAY. Didihkan.

5.Masukkan fishball goreng dan fishball putih. Didih lagi

6.Perisakan secukupnya.

7.Celur mi kuning, fishcake, sawi baby, dan kacang panjang.

8.Hiris nipis isi ayam yg direbus tadi.

9.Hidang ikut kesesuaian.

#2 KEK BUTTERMILK

BAHAN-BAHAN:

2⅓ cawan Tepung gandum

¼ cawan Tepung jagung

2 sudu Baking powder

½ sudu Baking soda

½ sudu Garam

86 gram Unsalted butter – suhu bilik

¾ cawan Minyak

333 gram Gula kastor

2 biji Lemons zest

3 nos Telur A – suhu bilik

2 sudu makan Susu GOODDAY – suhu bilik

¾ cawan Yoghurt - plain, unsweetened – suhu bilik

55 g Fresh lemon juice

250 gram Blueberries – salut blueberries dgn 2 sudu makan tepung

CARA PENYEDIAAN:

1.Tapis tepung gandum, tepung jagung, baking powder, dan baking soda. Kemudian letak garam. Asingkan ke tepi.

2.Dalam mangkuk lain, masukkan butter, minyak, gula, dan lemon zest. Pukul pada kelajuan sederhana selama 3 minit sehingga kembang putih adunan tersebut.

3.Masukkan telur satu persatu dan pukul perlahan.

4.Masukkan susu, yoghurt, dan jus lemon, kemudian pukul sebati pada kelajuan sederhana.

5.Masukkan adunan tepung tadi dan gaul menggunakan spatula. Adun perlahan adunan sehingga sebati. Jangan gaul terlalu lama.

6.Masukkan blueberi yg telah disalut dgn tepung tadi dan gaul perlahan.

7.Tuang adunan ke dalam bekas dan bakar pada suhu 180’C selama 35-40 minit.

8.Apabila siap bakar, biar kek di dalm bekas dan sejukkan pada suhu bilik selama 20 minit.

9.Keluarkan kek dan hidang.

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Must-Watch Video

Advertisement