Skip to main content

Viral

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Resepi 'Gerenti' Sedap! Inspektor Sani Dan Effa Masak Mee Rebus Daging & Milk Egg Tart

WhatsApp Image 2026 03 04 at 10.51.55 PM

Sekilas

  • Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod keenam belas menampilkan menu Mee Rebus Daging dan Milk Egg Tart.
  • Resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah rasa pada hidangan.
  • Penonton boleh saksikan rancangan ini di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang serta di platform On Demand dan Astro GO.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod keenam belas yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Effa (Wafariena) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Mee Rebus Daging dan Milk Egg Tart.

Drama apa yang akan terjadi antara Effa dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 MEE REBUS DAGING

BAHAN-BAHAN:
Bahan Mee:
400g Mee kuning
100g Taugeh (celur)
2 biji Telur rebus
1 batang Daun bawang (hiris)
Secukupnya Bawang goreng
2 biji Limau kasturi

Bahan Kuah:
1.5L Air rebusan daging
250g Daging rebus (hiris nipis)
200g Keledek oren (rebus & kisar)
300ml Susu GOODDAY Full Cream
4 sudu besar Tauchu
2 sudu besar Air asam jawa
Garam & gula
3 sudu besar Minyak masak

Bahan Kisar:
1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
½ inci Halia
½ inci Lengkuas
5 batang Cili kering (rebus)
2 Sudu Udang kering

Rempah Tumis:
2 tangkai Serai
1 sudu besar Serbuk kari daging
½ sudu teh Serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak.
2. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan rempah tumis dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan keledek kisar dan 1.5L air rebusan daging. Kacau rata.
5. Masukkan taucu dan daging hiris, kemudian biarkan mendidih 5–7 minit.
6. Masukkan susu Goodday perlahan-lahan sambil kacau.
7. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
8. Rasa & sesuaikan mengikut selera.

CARA HIDANG:
- Letak mee kuning dalam mangkuk.
- Tuang kuah panas bersama daging.
- Tambah taugeh, telur rebus, daun bawang & bawang goreng.
- Perah limau kasturi sebelum makan.

#2 MILK EGG TART

BAHAN-BAHAN:
1 keping Puff pastry segera

Bahan (Custard Filling)
250ml Susu Goodday Full Cream
3 biji Telur 
60g Gula kastor
1 sudu besar Tepung kastard
½ sudu kecil Esen vanila

CARA PENYEDIAAN:
1. Sediakan Puff Pastry:
- Canai puff pastry 4mm tebal di permukaan bertabur tepung.
- Potong mengikut saiz acuan tart kecil.
- Tekan puff pastry ke dalam acuan tart.
- Cucuk dasar dengan garfu supaya tidak kembang berlebihan.
- Bakar 180°C selama 5 minit untuk setengah masak (optional, tapi lebih elok).

2. Buat Custard Goodday:
- Panaskan perlahan 250ml susu Goodday hingga suam.
- Dalam mangkuk, whisk 3 biji telur + 60g gula + esen vanila hingga sebati.
- Tuang susu Goodday suam sedikit demi sedikit ke dalam campuran telur sambil kacau perlahan.
- Tapis inti untuk dapatkan custard licin & tanpa buih.

3. Tuang & Bakar:
- Tuang custard ke dalam puff pastry yang telah sedia dalam acuan.
- Bakar 170°C sehingga custard set dan permukaan sedikit perang.

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Anda mungkin berminat dengan

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Must-Watch Video

Advertisement