Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod ketiga belas yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Arena Wan (Ezie) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah mee bandung Muar dan Milk Glaze Chocolate Donut
Drama apa yang akan terjadi antara Ezie dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 MEE BANDUNG MUAR
BAHAN-BAHAN:
Bahan Tumis:
6 biji Bawang merah kecil
3 ulas Bawang putih
2 sudu besar Minyak masak
2 sudu besar Udang kering
1 cawan Cili kisar
3 sudu besar Gula putih
10 keping Serbuk biskut Marie
2 sudu besar Serbuk kacang tanah
2 cawan Air rebusan daging
1 cawan Susu GOODDAY Full Cream Milk
½ batang Carrot, hiris nipis
3 batang Sawi, hiris nipis
10 keping Daging rebus, hiris halus
10 ekor Udang segar, dibersihkan
Serbuk perasa
Garam
Bahan sampingan:
Mee kuning, dicelur
Tauhu goreng, hiris nipis
Cili merah, hiris
Cili hijau, hiris
Limau nipis
Telur rebus
Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan minyak masak sehingga halus.
2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan cili kisar dan gula putih. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk biskut Marie dan serbuk kacang tanah, kacau sehingga masak.
5. Tambah air rebusan daging dan Susu GOODDAY Full Cream Milk.
6. Masukkan daging rebus, udang segar, carrot dan sawi ke dalam kuah. Masak selama 5 minit.
7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
8. Hidang bersama mee kuning dan bahan sampingan.
#2 MILK GLAZE CHOCOLATE DONUT
BAHAN-BAHAN:
Doh donut:
40g Butter
40g Gula pasir
½ sudu teh Garam
1 biji Telur A
125 ml Susu GOODDAY Coklat
1 sudu teh Yis
2 cup Tepung roti
Bahan-bahan Milk Glaze:
75g Butter
3 sudu makan Susu Goodday Full Cream
1 sudu kecil Esen vanila
250g Gula aising
CARA PENYEDIAAN:
Doh donut:
1. Campurkan susu suam, yis, dan gula. Kacau dan biarkan 5 minit hingga berbuih.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan mentega, gula dan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga sebati.
4. Masukkan campuran susu & yis.
5. Masukkan tepung roti sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
6. Uli doh selama 13 minit hingga licin dan elastik.
7. Tutup doh dan biarkan naik selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
8. Bentukkan donut
9. Panaskan minyak. Goreng donut hingga keemasan, balikkan sekali sahaja.
Milk Glaze:
1. Cairkan mentega dengan api kecil.
2. Masukkan susu dan esen vanila, kacau rata.
3. Tutup api dan masukkan gula aising sedikit demi sedikit.
4. Kacau hingga glaze licin dan tidak berketul
5. Celup bahagian atas donut ke dalam milk glaze.
6. Letak atas rak dan biarkan glaze mengeras sedikit.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.