Skip to main content

Selebriti

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Kak Munah Teman Inspektor Sani Masak Nasi Buttermilk Chicken & Bubur Chacha

Astrogempak

Sekilas

  • Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod ke-17 menampilkan Inspektor Sani dan Kak Munah memasak menu seperti nasi buttermilk chicken dan bubur chacha.
  • Resepi lengkap kedua-dua menu dikongsi supaya penonton boleh cuba sendiri di rumah dengan konsep 'Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli'.
  • Program disiarkan di Astro Ria sepanjang Ramadan dan masakan yang ditayangkan boleh dibeli di bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 dari 19 Februari hingga 18 Mac.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod ketujuh belas yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Watie  (Kak Munah) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah nasi buttermilk chicken dan bubur chacha.

Drama apa yang akan terjadi antara Kak Munah dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI BUTTERMILK CHICKEN

 BAHAN-BAHAN:

Bahan Ayam (Marinade & Goreng):

500g  Ayam (dada potong sederhana)

100ml  Susu Goodday Full Cream

1 biji  Telur

2 sudu besar  Tepung jagung

1 sudu besar Tepung gandum

½ sudu kecil  Garam

½ sudu kecil  Serbuk Lada putih

½ sudu kecil  Serbuk paprika

Minyak secukupnya untuk goreng

 Buttermilk sauce:

2 sudu besar Butter

2 biji Bawang merah kecil, hiris nipis

2 ulas Bawang putih, cincang

2 biji Cili api merah, hiris

10 helai  Daun kari

2 cawan Susu GOODDAY Full Cream

2 keping Keju Cheddar

Garam

Serbuk perasa ayam

Lada putih

CARA PENYEDIAAN:

Langkah 1:

1.Pukul susu Goodday + telur + garam + lada + paprika.

2. Rendam ayam dalam campuran ini 30 minit.

3. Gaul ayam dengan tepung gandum hingga rata.

4. Goreng ayam dalam minyak panas hingga garing & keemasan.

 Langkah 2:

1. Panaskan butter, tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi.

2.Masukkan cili api merah dan daun kari. Tumis wangi.

3. Tuang susu Goodday serta keju cheddar. Didih sehingga pekat.

4. Masukkan ayam yg digoreng tadi dan gaul sekata.

5. Perisakan secukupnya dan hidang bersama nasi putih.


#2 BUBUR CHACHA

BAHAN-BAHAN:

2 biji  Keledek oren (potong dadu kecil)

1 biji  Yam (potong dadu)

1 cawan Isi jagung

3 biji  Nangka madu (hiris nipis)

½ cawan  Sagu biji putih kecil

1cup  Cha-cha kering

1 liter  Air

2 ikat  Daun pandan

1 cawan  Susu Goodday Pasteurised Milk

½ cawan  Santan kotak

1biji kecil Gula melaka (dihiris)

3 sudu besar  Gula putih

1 sudu teh  Garam

CARA PENYEDIAAN:

 1. Rebus keledek, yam, sagu putih dan daun pandan dalam 1 liter air hingga empuk.

2. Kemudian masukkan cha-cha, isi jagung, dan Nangka, rebus perlahan.

3. Masukkan susu Pasteurised, santan, gula melaka, dan gula kastor.

4. Gaul dan rasa hingga cukup manis.

5. Letak garam secukup rasa untuk bangkitkan rasa lemak.

6. Hidang.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.

Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

Must-Watch Video

Advertisement