Skip to main content

Viral

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Inspektor Sani & ACP Farouk Tunjuk Skill Masak! Ini Resepi Penuh 'Nasi Briyani, Ayam Golek & Cream Caramel'

goodday eps 1

Mesti ramai yang merindui gelagat Inspektor Sani yang merupakan watak lakonan pelawak Zizan Razak dalam filem Polis Evo.

Bagi mengubat hati peminat, Zizan kembali menerusi program realiti drama memasak pertama di Malaysia, ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani bermula 18 Februari ini.

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Konsep program tersebut sekali gus menepati slogan ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Untuk episod pertama, Zizan ditemani oleh Fauzi Nawawi yang memegang watak sebagai ACP Farouk dalam menumpaskan satu sindiket dadah.

Maka Inspektor Sani bersama Sarjan Ain, penolong baharu Gen Z yang menyamar sebagai peniaga makanan bagi menjejaki pengedar dadah licik yang bersembunyi di sebuah kampung.

Alang-alang dalam operasi, Inspektor Sani dan Sarjan Farouk dengan bantuan Sarjan Ain itu bersama-sama memasak menu Nasi Briyani dan Ayam Golek selain pencuci mulut Cream Caramel sebagai pelengkap menu.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 Nasi Briyani

1 kg beras basmathi.

3 sudu makan minyak masak.

2 sudu makan minyak sapi.

2 biji bawang besar (dihiris halus).

3 ulas bawang putih (dihiris halus).

1 inci halia (dihiris kasar).

2 batang kayu manis.

3 biji bunga lawang.

5 biji buah pelaga.

3 helai daun salam kering.

1 sudu makan tomato pes.

5 tangkai daun ketumbar.

15 helai daun pudina.

1 sudu makan serbuk ketumbar.

1 sudu makan serbuk jintan putih.

1 sudu teh serbuk jintan manis.

1 sudu makan serbuk kunyit.

1 liter air.

250 ml susu Goodday Full Cream.

3 sudu teh garam.

1 sudu makan serbuk perasa ayam.

CARA MEMASAK :

  • Basuh beras basmathi sehingga bersih dan rendam selama 30 minit. Setelah cukup masa, toskan beras dan ketepikan.
  • Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing.
  • Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun salam kering. Kacau sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato pes, daun ketumbar dan daun pudina. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Kacau rata supaya rempah tidak hangus.
  • Tuangkan air dan susu Goodday Full Cream. Masukkan garam serta serbuk perasa ayam. Kacau dan biarkan campuran mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan beras yang telah ditos. Kacau perlahan supaya beras tidak patah.
  • Masak sehingga air hampir kering, kemudian kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak sepenuhnya selama 20 minit.
  • Setelah masak, gemburkan nasi dengan garpu supaya butir beras tidak melekat. Sedia untuk dihidang.

#2 Ayam Golek

1 ekor ayam (dibelah 4).

1 cawan minyak masak.

2 biji bawang merah besar.

4 ulas bawang putih.

1 inci halia.

2 inci lengkuas.

½ inci kunyit hidup.

3 batang serai.

400 ml susu Goodday Full Cream.

1 sudu makan air asam jawa.

2 sudu teh garam.

2 ketul gula melaka (dihiris).

1 sudu makan serbuk perasa ayam.

CARA MEMASAK :

  • Basuh ayam sehingga bersih dan ketepikan.
  • Kisar bawang merah besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai sehingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan susu Goodday Full Cream, air asam jawa, garam, gula melaka dan serbuk perasa ayam. Gaul sehingga sebati.
  • Masukkan ayam ke dalam kuah dan rebus.
  • Apabila kuah mendidih, keluarkan ayam daripada periuk. Teruskan memasak kuah sehingga pekat.
  • Panaskan oven pada suhu 200°C selama 5 minit. Letakkan ayam di dalam dulang ketuhar dan bakar selama 5 minit.
  • Keluarkan ayam dan celupkan ke dalam kuah.
  • Sambung bakar selama 5 minit. Ulang proses yang sama sebanyak 3 kali untuk hasil yang cantik.
  • Hidang bersama kuah.

#3 Cream Caramel

2 cawan susu Goodday Full Cream.

4 biji telur.

1 cawan gula kastor.

½ sudu teh vanilla esen.

1 cawan gula kastor (untuk gula karamel).

CARA MEMASAK :

  • Panaskan air di dalam pengukus terlebih dahulu.
  • Panaskan 1 cawan gula kastor sehingga cair dan bertukar warna keperang-perangan untuk dijadikan gula karamel.
  • Tuangkan gula karamel ke dalam bekas tahan kukus dan ratakan. Biarkan sejuk dan mengeras.
  • Campurkan susu Goodday Full Cream, telur, 1 cawan gula kastor dan vanilla esen. Gaul sehingga sebati, kemudian tapis adunan.
  • Tuangkan adunan ke dalam bekas yang berisi gula karamel tadi dan tutup dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 15 minit sehingga masak.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.

Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.


 

Anda mungkin berminat dengan

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement