Skip to main content

Berita

Dapat Undangan Buka Puasa Bersama PMX Di Kompleks Seri Perdana, Tujuh ‘Hero Tasik Biru’ Rupanya Tak Kenal Satu Sama Lain - “Kami Terharu Atas Penghargaan Ini”

Tujuh Hero Tasik Biru

Sekilas

  • Tujuh pemuda yang menyelamatkan tiga beranak dalam nahas di Tasik Biru, Kundang tidak mengenali antara satu sama lain sebelum kejadian itu.
  • Mereka berjaya berhubung semula selepas kisah keberanian mereka menjadi viral dan menubuhkan kumpulan WhatsApp untuk memudahkan komunikasi.
  • Mereka menerima penghargaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk jemputan ke majlis berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana.

Tujuh pemuda yang menyelamatkan tiga beranak dalam nahas di Tasik Biru, Kundang, Selangor baru-baru ini mendedahkan mereka sebenarnya tidak mengenali antara satu sama lain.

Menurut Mohd Fahmi Ismail yang mewakili enam pemuda yang lain, pertemuan semula hanya berlaku selepas kisah keberanian mereka itu mendapat perhatian ramai di media sosial.

“Bila kisah kami ini viral, saya cuba cari enam pemuda yang lain melalui media sosial. Melalui hantaran itu saya jumpa seorang seleas dapat lagi seorang sehinggalah berjaya mengumpulkan kesemuanya.

“Tapi saya cam wajah semua yang terlibat cuma tak tahu nama mereka,” katanya.

Tambah Fahmi, mereka kemudiannya sepakat menubuhkan satu kumpulan WhatsApp bagi memudahkan urusan.

“Selepas itu kami buat satu group di aplikasi WhatsApp supaya tiada orang ambil kesempatan sebab kami semua ini orang kampung jadi tak tahu sangat apa perlu dilakukan kalau perkara sebegini berlaku.

“Jadi saya ambil tanggungjawab untuk menjadi perantara sekiranya ada jemputan ke mana-mana supaya dalam tujuh orang ini tak ada yang kecil hati.

“Kalau boleh saya tak nak seorang saja kedepan tapi ketujuh-tujuh kami mesti ada,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Fahmi menzahirkan ucapam terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penghargaan serta jemputan majlis berbuka puasa bertempat di Kompleks Seri Perdana pada Jumaat.

“Kami berasa sangat teruja dan terharu sebab bukan senang nak dapat penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara.

“Jadi, saya mewakili kawan-kawan yang lain, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Perdana Menteri atas penghargaan ini,” ujarnya.

Pada Selasa, tular satu kejadian mengenai seorang ibu bersama dua anak kecilnya yang berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam tasik.

Walau bagaimanapun, tindakan pantas tujuh pemuda yang berada di lokasi kejadian berjaya menyelamatkan tiga beranak itu daripada lemas.

Tujuh pemuda itu ialah Mohd Shahrizal Jarami, 40; Mohamad Fahmi Ismail, 33; Hariz Ismat Ruzaiizan, 26; Mohamad Zulfadhli Mohd Nasir, 23; Muhammad Aiman Hakimi Mohd Rosnizam, 23; Muhammad Nor Haiqal Abd Karim, 23; dan Adam Syah Reza Hendri, 19.

Sumber: Berita Harian, TikTok Demi Rakyat Channel

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Must-Watch Video

Advertisement