Skip to main content

Selebriti

Bukan Tak Suka Wanita Bersolek, Fazley Yaakob Tampil Betulkan Salah Faham- "Saya Memang Mudah Jatuh Hati Dengan..."

fazley yaakob make up

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob jelaskan dia menghargai wanita yang menjaga penampilan tetapi lebih suka solekan yang ringan dan semula jadi.
  • Fazley tegaskan solekan sederhana tidak menjadi masalah asalkan wanita bijak memilih cara solekan yang sesuai.
  • Beliau juga nasihatkan lelaki supaya tidak mudah terpesona dengan solekan tebal yang mengubah rupa wajah sebenar.

Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob tampil membetulkan salah faham mengenai pendiriannya terhadap wanita yang bersolek.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley menegaskan bahawa dia menghargai wanita yang menjaga penampilan tetapi lebih menyukai wanita dengan solekan yang ringan.

"Ramai tanya saya, betul ke saya tak suka perempuan bermake up. Salah itu. Saya memang mudah jatuh hati dengan perempuan yang menjaga penampilan diri cuma tanpa solekan yang tebal sahaja,"tulisnya.

Kataya lagi, solekan sederhana atau semula jadi tidak menjadi masalah buatnya asalkan wanita tersebut bijak memilih cara solekan yang sesuai.

"Solekan yang sederhana dan cukup sifat tidak menjadi masalah. Kecantikan semula jadi pun tiada masalah cuma tetap ada markah bonus apabila bijak mengenakan make up," ujarnya.

Terdahulu, Fazley memberi pandangan soal penampilan diri, khususnya melibatkan solekan berlebihan dalam kalangan wanita sehingga mengubah rupa wajah sebenar.

Dia turut menasihatkan kaum lelaki agar tidak mudah terpesona dengan kecantikan yang terlalu ‘dibina’ menerusi solekan tebal semata-mata.

Must-Watch Video

Advertisement