Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia dari Parti NasDem, Ahmad Sahroni, digantung daripada DPR oleh Mahkamah Kehormatan Dewan atau MKD selama enam bulan kerana disifatkan melanggar etika.
Sahroni yang sebelum ini menimbulkan kemarahan kerana melabelkan rakyat Indonesia sebagai tolol terkait elaun kenaikan rumah anggota DPR merupakan ahli yang menerima hukuman paling lama berbanding rakan yang lain, lapor Kompas.
Advertisement
“Menyatakan Teradu 5 Ahmad Sahroni terbukti melanggar kode etik. Menghukum Ahmad Sahroni nonaktif selama enam bulan terhitung sejak putusan dibacakan," (menyatakan pengadu kelima, Ahmad Sahroni terbukti melanggar etika. Menghukum Ahmad Sahroni selama enam bulan daripada perkhidmatan di DPR bermula keputusan ini dibacakan,” demikian kenyataan dibacakan mahkamah.
Ahli politik yang kediamannya turut dirompak susulan kemarahan rakyat itu menerima keputusan dengan lapang dada.
“Keputusan telah dibuat, saya berlapang dada. Saya juga mengambil hikmah di atas apa yang berlaku dan akan menjadi lebih baik pada masa hadapan,” kata Sahroni.
Selain Sahroni, empat anggota DPR yang sempat digantung tugas sebelum ini iaitu
Uya Kuya, Nafa Urbach, Eko Patrio dan Adies Kadir menjalani sidang putusan kes dugaan melanggar etika pada Rabu.
Nafa Urbach dan Eko didapati bersalah sementara Uya Kuya dan Adies Kadir tidak terbukti melanggar etika.
Kesemua yang terbukti bersalah melanggar etika tidak akan mendapat gaji sebagai anggota DPR sepanjang digantung tugas.