Skip to main content

Jenayah

Bekas Penjaga Gol Kelantan FA Suspek Kes Tembak Sungai Golok

kelantan FA

Salah seorang suspek yang dipercayai menembak rakyat Malaysia dengan 18 das tembakan di Kampung Bering, Sungai Golok dekat Thailand semalam merupakan bekas penjaga gol Kelantan FA pada musim 2019.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, lelaki itu dikatakan berusia dalam lingkungan awal 30-an dan pernah bermain bola sepak bersama skuad Kelantan FA.

Advertisement

“Benar, suspek merupakan penjaga gol pasukan bola sepak Kelantan FA. Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis Thailand untuk mengesan suspek.

”Setakat ini, kita tidak dapat pengesahan bahawa sama ada suspek mempunyai dua kerakyatan atau sebaliknya. Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek melarikan diri ke negara ini,” katanya.

Berdasarkan rekod, lelaki itu pernah beraksi bersama skuad Piala Presiden Kelantan pada 2014 sebelum bermain dengan Yala United FC seterusnya PT Prachuap FC di Liga Thailand dan menyertai Kelantan FA pada musim 2019.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang isteri yang sarat mengandung hanya mampu memeluk jenazah suaminya yang ditembak sebanyak 18 das oleh dua lelaki yang dikenalinya di depan rumah mereka di Kampung Bering, Sungai Golok dekat Thailand semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu berlaku di depan mata Wan Fatihah Mat Hussin, 35, apabila melihat suaminya, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang merupakan peniaga beg terpakai secara dalam talian sedang memasang kamera televisyen tertutup (CCTV) di kawasan rumah.

Sumber: Kosmo!

Must-Watch Video

Advertisement