Skip to main content

Viral

Bakal Pengantin Mengaku Miliki Gambar Lucah Dalam Telefon, Didenda RM2,000

Astro Gempak pengantin gambar lucah

Sekilas

  • Muhammad Nurhakim Ridzuan Shah, 27, mengaku bersalah menyimpan gambar lucah dalam telefon bimbitnya di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
  • Kesalahan itu berlaku pada 3 Ogos 2025 dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara atau denda.
  • Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar, selepas tertuduh memohon hukuman ringan kerana ini kesalahan pertama dan bakal berkahwin.

Seorang bakal pengantin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Selasa atas pertuduhan menyimpan beberapa keping gambar lucah di dalam telefon bimbitnya tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Nurhakim Ridzuan Shah, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan beberapa gambar terbabit pada 3 Ogos 2025 sekitar jam 3.15 petang di Pejabat Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dalam daerah Melaka Tengah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin, memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan dikenakan kerana ia merupakan kesalahan pertama, selain bakal mendirikan rumah tangga serta menanggung adik.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayarnya.

Mengikut fakta kes, seorang lelaki membuat laporan polis terhadap tertuduh yang didakwa memaparkan kenderaan miliknya di Facebook milik tertuduh berserta kata-kata berunsur fitnah dan memalukan.

Susulan itu, pada 3 Ogos 2025, telefon bimbit milik tertuduh dirampas bagi membantu siasatan sebelum analisis forensik mendapati terdapat imej lucah dalam peranti terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement