Skip to main content

Selebriti

Atikah Suhaime Terima Jambangan Duit RM10K Dari Suami - "Tak Tahu Pula Kahwin Best Sampai Tahap Macam Ini..."

Atikah Suhaime

Pelakon, Atikah Suhaime berkongsi momen manis apabila menerima kejutan istimewa daripada suami tercintanya, Datuk Lokman Teh.

Menerusi perkongsian di Instagram, Atikah memuat naik foto dirinya memegang sejambak bunga berbentuk wang tunai dengan nilai kira-kira RM10,000.

Hadiah tersebut diberikan kepadanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35 tahun.

"Dulu orang selalu pesan suruh kahwin sebab best tapi tak tahu pula best sampai tahap macam ini. 35 tahun dan RM10 ribu, terima kasih baby. Saya sayang awak," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Atikah turut berkongsi hadiah lain yang diterimanya sempena hari istimewanya itu.

Sekadar rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement