Skip to main content

Selebriti

"Apa Yang Istimewa Sangat Pasal Labubu?" - Mek Yun

mek yun labubu

Sekilas

  • Mek Yun, personaliti media sosial, bertanya mengapa patung Labubu mendapat sambutan luar biasa dan dianggap mahal oleh sesetengah orang.
  • Dia meluahkan rasa hairan tentang keistimewaan Labubu yang membuatkan ramai obses dengan patung tersebut.
  • Netizen menjelaskan fenomena itu berlaku kerana ramai yang takut ketinggalan trend atau mengalami FOMO.

Personaliti media sosial, Mek Yun mencuri perhatian ramai selepas mengajukan pertanyaan terbuka di media sosialnya mengenai trend anak patung popular, Labubu.

Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee meluahkan rasa hairan melihat sambutan luar biasa terhadap patung tersebut, malah ada individu yang dilihat terlalu obses dengannya.

Dia turut tertanya tentang keistimewaan Labubu dan menagnggap agak mahal untuk sebuah plushie.

"Kenapa ramai yang suka atau obses dengan Labubu ya? Apa yang istimewa sangat pasal Labubu ini. Tak rasa mahal sangat ke untuk satu plushie (tanya dengan nada yang lembut dan penuh curiousity)," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa fenomena itu berlaku kerana ramai yang tidak mahu ketinggalan trend atau mengalami fear of missing out (FOMO).

"Sebab trend kut.

"Mereka FOMO sahaja Mek Yun.

" Sebab Fomo,

"Tiada sebab melainkan FOMO sahaja," komen netizen


Sumber: Threads

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement