Skip to main content

Selebriti

Aina Abdul Tampil Dengan Busana Tuala 'Good Morning, Guna Hampir 150 Helai Kain Berkualiti Tinggi 'Triple A' - "Idea Ini Datang Daripada..."

WhatsApp Image 2026 04 18 at 10.04.05 AM

Terkenal dengan busana yang unik, penyanyi Aina Abdul sekali lagi mencuri perhatian ramai ketika beraksi di pentas separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL) dengan menggayakan busana diperbuat daripada tuala ‘Good Morning’.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkongsi bahawa pemilihan fesyen tersebut mempunyai maksud tersendiri dan menjadi simbol kemunculan semula dirinya dalam industri muzik.

"Good Morning itu ada simbolik. Sebelum ini, ada orang ingat saya mahu berehat tetapi sebnarnya tidak. Jadi, konsep ini menandakan kemunculan semula saya dengan semangat yang baharu.

"Untuk busana ini, saya menggunakan kira-kira 150 helai dengan tuala yang berkualiti tinggi, iaitu Triple A. Materialnya tebal dan sesuai dijadikan pakaian. Proses menyiapkannya mengambil masa sekitar dua minggu, dan ini merupakan antara busana kegemaran saya,"katanya kepada Gempak.

Aina berkata demikian ketika ditemui selepas membuat persembahan pada hari pertama AJL40 SA di Studio TV3, Glenmarie, malam tadi.

Pelantun lagu Kamu itu turut memaklumkan bahawa sebaik sahaja pereka fesyennya, Melinda Looi, mencadangkan konsep tersebut, dia terus bersetuju kerana mahu menyahut cabaran selain inginkan kelainan dalam koleksinya.

"Idea ini datang daripada Melinda. Kami sudah lama berbincang tentang apa lagi kelainan yang boleh dilakukan memandangkan pelbagai konsep telah dicuba sebelum ini.

"Melinda kemudian menghantar gambar tuala tersebut dan mencadangkan idea itu kepada saya. Secara peribadi, saya memang gemar sesuatu yang berbeza, jadi saya sahut cabaran tersebut,"ujarnya.

Sementara itu, Melinda turut berkongsi bahawa pemilihan busana tersebut dibuat bagi memberikan sentuhan kekeluargaan serta mengimbau kenangan lama.

“Inspirasi busana Aina pada hari ini adalah untuk mengimbau kenangan zaman kecil bersama nenek, yang sering menggunakan kain tersebut untuk mengelap tingkap, mengemas rumah dan sebagainya. Saya ingin mencipta sesuatu yang ada elemen nostalgia serta ikatan kekeluargaan dan sesuatu yang mampu diingati ramai.

"Malah, saya sendiri terkejut apabila cadangan ini diterima. Walaupun pada awalnya kami tidak berapa gemar dengan pemilihan kain tersebut. Namun, apa yang penting, Aina berpuas hati, gembira dan yakin dengan dirinya,"jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement