Tular rakaman video di media sosial menunjukkan keadaan kecoh apabila seorang wanita warga emas didakwa terjatuh ke dalam laut semasa mahu menaiki sebuah feri.
Advertisement
Menerusi video yang dimuat naik mStar, kelihatan penyelamat terjun ke laut untuk menyelamatkan warga emas yang terjatuh itu.
Berdasarkan sumber, warga emas berkenaan menaiki feri di terminal Mersing untuk ke Pulau Tioman.
Difahamkan, belum sempat melangkah masuk, feri didakwa bergerak menyebabkan mangsa terjatuh.
Bagaimanapun sehingga artikel ditulis, tiada sebarang laporan atau berita berkenaan dengan video tersebut.