Skip to main content

Trend Pasaran

"Untung Anak Datuk!" - Baru 19 Tahun, Ismail Izzani Bakal Beli Kereta Mewah Hampir Suku Juta

ismail-merc-header.jpg
Rezeki atau tuah? Penyanyi muda, Ismail Izzani, 19, berkongsi keterujaan bakal memuliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 Coupe tidak lama lagi.

Penyanyi lagu Luar Biasa itu juga turut memuat naik beberapa rakaman video sesi pandu uji kereta mewah berwarna putih itu.

"Okay tak kalau saya bawak awak jalan-jalan naik kereta ni? Insya-Allah new baby coming home real soon," tulisnya menerusi akaun Instagramnya semalam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

- Okayh tak kalau saya bawak awak jalan2 naik kereta ni ??? Insyaallah new baby coming home real soon ?

A post shared by ONE & ONLY (@ismailizzani_) on


Difahamkan, mengikut pasaran semasa model kenderaan mewah itu dianggarkan bernilai sekitar RM346,888.

Bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang menganggap Ismail bertuah untuk memiliki kenderaan mewah memandangkan latar belakang keluarganya yang berkemampuan.

Namun, anak kepada penyanyi Suliza Salam dan usahawan berjaya Datuk Zainal Nazri Zainuddin itu punyai jawapan sendiri.

"Penat-penat saya cari rezeki sendiri... Dengan mudah awak cakap macam tu," jawabnya.



Belum pun rasmi memiliki kereta mewah itu, peminatnya tidak putus-putus memuji kerja keras penyanyi itu.

Malah, ada yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menaiki kereta barunya nanti.

Advertisement

Must-Watch Video