Skip to main content

Budaya Popular

Tracie Sinidol Makin Cantik Tukar Gaya Rambut, Netizen Ingat Lisa Blackpink! - “Terus Jadi Lalisa, Lawa Betul”

astro_gempak_tracie-sinidol-makin-cantik-tukar-gaya-rambut-netizen-ingat-lisa-blackpink.jpg
Pelakon, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan gaya rambut baharu menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.
 
Menerusi video tersebut, Tracie tampil dengan gaya ‘fringe’ di bahagian hadapan yang sebelum ini berambut lurus membuatkan wajahnya kelihatan lebih cantik.
 
“#newhair Bang Bang bangs,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
 
@traciesinidol #newhair ♬ Woman new challenge - Fernando Trujillo M
Menariknya, penampilan terkini Tracie itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji wajahnya semakin menyerlah dan manis dengan gaya baharu tersebut.
 
Paling comel apabila netizen turut menyamakan wajahnya kelihatan seiras dengan anggota kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink iaitu Lisa.
 
Sebelum ini, wajah Tracie juga sering dikatakan seiras dengan pelakon popular tanah air, Mira Filzah, hingga ada yang mengatakan wajah mereka seperti kembar.
 
 

Advertisement

Must-Watch Video