Skip to main content

Trend Pasaran

"Thank You So Much Guys!" - Khairul Aming Raih 2 Juta Pengikut!

khairulamingbefunky-collage.jpg
Personaliti media sosial, Khairul Aming telah meraih dua juta pengikut di akaun Instagramnya (IG).

Khairul yang selalu berkongsi video masakan di media sosial itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah entri di akaun IGnya sebentar tadi.

Khairul bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya.

"Alhamdulillah 2 million people, thank you so much guys!

"Boleh share sikit macam mana korang jumpa my account. Kalau ada salah silap resipi tak menjadi harap dimaafkan," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Khairul dan berkongsi cara mereka mula menjumpai akaun IGnya.
 

Selain pandai memasak, Khairul juga sentiasa menghiburkan pengikutnya dengan unsur jenaka dan percakapan yang bersahaja dalam setiap video masakan yang dikongsi di media sosial.
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement