Skip to main content

Berita Tempatan

"Terima Kasih Ya Allah Kerana..." - Eyra Hazali Sambut Hari Lahir Ke-20

eyrabefunky-collage-(1)_1.jpg
Pelakon Eyra Hazali menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20 hari ini.

Perkara itu dikongsi Eyra menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.

Di ruangan kapsyen, Eyra meluahkan rasa syukurnya kerana masih berpeluang untuk menikmati kehidupan sehingga hari lahirnya kali ini.

"Terima kasih Ya Allah kerana masih berpeluang untuk bernafas pada hari ini, Alhamdulillah 20 tahun sudah!" tulisnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Eyra mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakan kesejahteraan buatnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Alhamdulillah,20 tahun sudahhh ! ??

A post shared by miss Panda (@eyra.hazali) on


Eyra mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2010 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement