Skip to main content

Rancangan Realiti

“Tak Ada Siapa Boleh Layan Bila Saya Grumpy…” – Sweetnya Coretan Nabila Huda Buat Suami

abil-sweet-suami.jpg
Pelakon dan hos Muzikal Lawak Superstar Nabila Huda mendedikasikan ucapan paling bermakna sempena hari jadi suaminya tercinta baru-baru ini.
 
Dalam ucapan itu, Nabila menyatakan rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar, penyayang dan sangat bertanggungjawab.
 
“Hey sayang… Pertama sekali saya minta maaf sebab lambat wish selamat hari jadi awak sebab kesibukan jadual kerja sampai saya tak ada masa nak sambut dan buat apa-apa untuk hari jadi awak dan saya rasa sangat bersalah.
 
“Dear Mohd Izwan… Seperti yang saya sering beritahu, awak adalah suami dan bapa yang sangat sweet dalam hidup saya. You’re my guardian angel.
 
“Tak mungkin ada sesiapa dalam dunia ni boleh layan kerenah saya macam awak. Tak ada siapa boleh layan bila saya grumpy atau bila saya membebel, awaklah yang satu-satunya orang yang mendengar tanpa berkata sepatah.
 
“You’re my lifetime listener. Awak lah satu-satunya manusia yang boleh handle degil saya. I don’t know how you do it but you made it.
 
“Bila saya nak apa, sedaya upaya awak akan dapatkan walaupun benda tu susah, walaupun awak tengah buat benda lain awak tinggalkan untuk saya. Tidak pernah sekali awak marah atau tinggikan suara dengan saya.
 
“Tidak pernah sekali awak sakitkan hati saya. Tidak pernah sekali awak paksa saya berubah. Awak terima kekurangan saya dan awak terima saya seadanya. Awak lah orang paling penyabar yang pernah saya jumpa.
 
“Awak sentiasa senyum walaupun apa pun masalah yang datang. You always believe in me. You always there when I need you. Awak sentiasa sokong kerjaya saya. Awak la nyawa dan jiwa saya…
 
“Mustahil tanpa awak saya akan sebahagia Ini. Awak lah senyum dan tawa saya setiap hari. Everyday when I wake up in the morning, saya rasa bersyukur adanya awak kat sebelah saya.
 
“ Saya jatuh cinta dengan awak setiap masa, setiap saat dan setiap hari! Perasaan itu sama macam hari pertama masa saya tengok awak dan saya tau awak lah orang yang akan jadi suami yang akan didik saya dan seorang ayah yang penyayang pada anak saya.
 
“You’re more than anything in this world. No one can replace you. Setiap hari saya berdoa pada Allah S.W.T bagi lebih masa untuk saya bersama dengan awak dan menikmati kebahagian ni sampai akhir nafas saya. Happy belated birthday my love,” coretnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hey sayang.. 1st of all Saya mintak maaf sebab lambat wish your birthday cuz my hectic and chaos schedule sampai Saya Takde masa Nak celebrate and buat apa-apa on your birthday and I feel so bad..? Dear Mohd izwan..Like I always told you, you’re the sweetest husband and father that I ever had in my life. You’re my guardian angel..Tak mungkin ada sesiapa dalam dunia ni boleh Layan kerenah Saya macam awak. Takde siapa boleh Layan bila Saya grumpy or bila saya membebel,you’re the only person yang dengar tanpa berkata sepatah.You’re my lifetime listener. Awak lah satu-satu nya manusia Yang boleh handle degil Saya.I don’t know how you do it but you made it..Bila Saya Nak apa, Sedaya upaya awak akan dapat kan walaupun benda tu susah,walaupun awak tengah buat benda lain awak tinggalkan Untuk saya. Tidak pernah skali awak marah atau tinggikan suara dengan Saya. Tidak pernah skali awak sakitkan hati saya. Tidak pernah sekali awak paksa Saya berubah. Awak terima kekurangan Saya Dan awak terima saya seadanya..Awak lah orang paling penyabar yang pernah Saya jumpa. Awak sentiasa senyum Walaupun apa pun masalah Yang datang. You always believe in me. You always there when I need you. Awak sentiasa sokong kerjaya Saya.Awak la nyawa Dan jiwa saya..Mustahil tanpa awak Saya akan sebahagia Ini.Awak lah senyum Dan tawa Saya setiap hari..Everyday when I wake up in the morning,Saya rasa bersyukur ada nya awak kat sebelah Saya. I fell in love with you every min every seconds,Everday! Perasaan tu sama macam hari pertama masa Saya tengok awak Dan Saya tau awak lah orang Yang akan jadi suami Yang akan didik saya dan seorang ayah Yang penyayang Pada Anak Saya.You’re more than anything in this world.No one can replace you..Setiap hari Saya berdoa Pada Allah swt bagi lebih masa Untuk saya bersama dengan awak dan menikmati kebahagian ni sampai akhir nafas Saya..Happy belated birthday my love..❤️

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen juga rata-rata pengikutnya mengucapkan selamat hari jadi selain mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga akhir hayat.
 
Semoga kalian berdua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Ilahi... Happy birthday,” komen @azli_ynwa
 
“Alhamdulillah semoga jodoh korang berkekalan hinggq ke Jannah” – tulis @azlinda
 
Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015.
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
 
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
 
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com
 
 

Must-Watch Video

Advertisement