Skip to main content

Viral

Syafie Naswip Kini Bergelar Suami Kepada Nur Afiqah

gcanao9bgaa9omc-2.jpeg

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Syafie Naswip kini bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Nur Afiqah Ishak.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Sepang, Ustaz Mohammad Nazri Sobirin.

Majlis pernikahannya itu dipertontonkan kepada umum menerusi siaran langsung di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Syafie Naswip menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 pada majlis pernikahan tersebut.

Sekitar 1,500 penonton menyaksikan siaran langsung pernikahannya itu.

Terdahulu, Syafie memuat naik satu hantaran di Instagram memaklumkan satu pengumuman khas akan dilukan pada hari ini.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video