Suami kepada penyanyi, Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan menasihati isterinya supaya berhenti memuat naik sebarang hantaran mengenai hal rumah tangga mereka yang boleh mengundang salah faham orang ramai.
Menurut Iqwan, Zehra tidak seharusnya membuat penyataan berbentuk retorik dan seharusnya memberi fokus kepada perkara lain demi menjaga kesihatan mentalnya.
"Kerana perkara itu boleh mengundang salah faham dan mengoncang emosi ramai orang,” coretnya menerusi hantaran di Instagram.
Dalam hantaran yang sama juga, Iqwan memaklumkan sudah bersedia untuk melepaskan Zehra pada 20 Ogos ini menerusi proses Hakam yang telah ditetapkan mahkamah.
"Saya dengan segala kudrat dan tenaga akan datang dengan senang hati pada tarikh tersebut, bagi memenuhi permintaan kamu untuk bebas, mencari bahagia di dunia dan akhirat yang menurut kamu gagal saya sediakan,” tegasnya.

Tambah Iqwan, perkara itu akan menjadi permintaan terakhirnya sebelum mereka berpisah.
"Jadikan warkah ini sebagai nasihat terakhir saya sebagai seorang suami agar kamu tidak lupa bahawa kenyataan-kenyataan penuh emosi kamu tahun lalu, tenang survival di tempat kerja, justeru memakan diri seusai bertanding dalam sebuah program realiti TV.
Terdahulu, Mahkamah Syariah Hulu Langat terpaksa menangguh proses lafaz talak disebabkan Zehra berada dalam keadaan tidak suci dan menetapkan 20 Ogos sebagai tarikh baharu."
Pada Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap Iqwan selepas lebih tiga tahun berusaha mempertahankan rumah tangga mereka, tetapi gagal.
Zehra dan Iqwan berkahwin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahiyah Iqleela, yang kini berusia dua tahun.
Tak perlu tulis hantaran berunsur retorik
Menurut Iqwan, Zehra tidak seharusnya membuat penyataan berbentuk retorik dan seharusnya memberi fokus kepada perkara lain demi menjaga kesihatan mentalnya.
"Buat isteriku Zehra, rasanya lebih baik jika kamu kekal fokus, jaga kesihatan dan tidak menulis hantaran-hantaran berbentuk pernyataan retorik (rhetorical statement) terkait kehidupan kamu sebagai isteri dan mama kepada Zahiyah.
"Kerana perkara itu boleh mengundang salah faham dan mengoncang emosi ramai orang,” coretnya menerusi hantaran di Instagram.
Harap urusan cerai disegerakan
Dalam hantaran yang sama juga, Iqwan memaklumkan sudah bersedia untuk melepaskan Zehra pada 20 Ogos ini menerusi proses Hakam yang telah ditetapkan mahkamah.
"Ketika tarikh jatuh talak itu telah disepakati pada 20 Ogos akan datang, saya terus berharap agar kamu kekal beria-ria, besar hati dan suci, agar urusan perceraian dapat disegerakan.
"Saya dengan segala kudrat dan tenaga akan datang dengan senang hati pada tarikh tersebut, bagi memenuhi permintaan kamu untuk bebas, mencari bahagia di dunia dan akhirat yang menurut kamu gagal saya sediakan,” tegasnya.
Permintaan terakhir sebelum berpisah

Tambah Iqwan, perkara itu akan menjadi permintaan terakhirnya sebelum mereka berpisah.
"Jadikan warkah ini sebagai nasihat terakhir saya sebagai seorang suami agar kamu tidak lupa bahawa kenyataan-kenyataan penuh emosi kamu tahun lalu, tenang survival di tempat kerja, justeru memakan diri seusai bertanding dalam sebuah program realiti TV.
"Saya tidak berhasrat untuk mengetik lebih panjang kerana hayat perkahwinan ini hampir menemui titik noktahnya. Tapi saya kekal berharap agar tabiat ini dihentikan segera untuk aib kedua-dua pihak kekal dipelihara. Lima hari lagi kita berjumpa.