Skip to main content

Budaya Popular

Soffi Jikan Alami Jangkitan Pada Jantung, Keadaan Agak Serius

astro_gempak_soffi-jikan-alami-jangkitan-pada-jantung-keadaan-agak-serius.jpg
Pelakon, Soffi Jikan kini dipindahkan ke Hospital Serdang berikutan masalah kesihatan yang dialaminya sebelum ini.
 

Jangkitan pada jantung

 
Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun TikTok @mrhasyim pada Ahad.
 
Menurutnya, keadaan terkini Soffi agak serius kerana mengalami jangkitan kuman pada bahagian jantung.
 

“Soffi Jikan dipindahkan ke Hospital Serdang, keadaan terkini agak serius. Semoga cepat sembuh abang ku, wad zac, katil 14,” maklumnya.

 
@mrhasyim_

JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG

♬ original sound - haseefameen - Asieh

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa agar pelakon hebat itu cepat sembuh.
 
Sebelum ini, akaun yang sama memaklumkan aktor itu pada mulanya dirawat akibat terkena jangkitan kencing tikus dan demam denggi.
 

ARTIKEL BERKAITAN: Soffi Jikan Kini Dirawat Di Hospital, Dipercayai Alami Jangkitan Kuman - “Dada Dia Sakit & Hati Suspek…”

 
Selepas dirawat selama enam hari dan dibenarkan pulang, Soffi sekali lagi ditahan wad susulan mengalami sakit dada dipercayai akibat jangkitan kuman.
 
 

Advertisement

Must-Watch Video