Skip to main content

Berita Tempatan

"Semoga Cepat Sembuh Yer Pak Lawak Ibu" - Anak Ajak Shiro Dimasukkan Ke Hospital

ajak_3.jpg
Anak kepada pelawak kumpulan Shiro, Ajak, Jad Thaqif telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah demam berpanjangan.

Menerusi entri di Instagram (IG), isterinya, Afifah Amin berkongsi gambar dan keadaan terkini anak mereka.

"Semoga cepat sembuh yer pak lawak ibu. Musim demam agaknya. Bilalah nak musim durian," tulisnya ringkas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semoga cepat sembuh yer pak lawak ibu.. Musim demam agaknya.. Bilalah nk musim durian?.. . @hadthaqiffc .

A post shared by Afifah Amin (@afifahamin) on


Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar Jad segera sembuh selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga bersama Nur Afifah Amin, seorang guru dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Kami di Gempak mendoakan agar Jad kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.

Must-Watch Video

Advertisement