Skip to main content

Berita Tempatan

“Semalam Daddy Sempat Main Bola, Tolong Jangan Kecam Sebab...”- Isteri Baru Bersalin, Raqib Keluar Rumah

raqibmajidbola.jpg
Bekas bintang Akademi Fantasia 9 (AF9), Raqib Majid mendedahkan dia sempat keluar bermain bola sedangkan isterinya, Tasha Manshahar baru sahaja melahirkan bayi sulung mereka beberapa hari.
 
Raqib meminta agar dirinya tidak dikecam kerana dia hanya bermain bola selama 45 minit sahaja dan kemudian pulang.
 
“Malam semalam Daddy sempat main bola. tolong jangan kecam Daddy sebab main kejap je dalam 45minit trus balik sebab nenek kata nenek tolong jaga baby. Bagi daddy keluar peluh siket untuk kesihatan,” tulisnya.
 
Raqib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Raqib selamat menimang cahaya mata lelaki pada Jumaat lalu 22 Jun 2019.
 
Sementara itu, Raqib sempat menawarkan kasut bola yang telah dipakainya beberapa kali untuk dihadiahkan kepada peminat dan pengikutnya.
 
“So sempena kelahiran baby boy ni, saya nak bagi HADIAH Boot bola Nike Magista (1st grade) pada yang bertuah. Free je tau. Tak perlu bayar, tak perlu merungut. 
 
“Boot ni saya jarang sangat pakai. Saya pakai 2 3 kali je. Saya bukan letak jawatan main bola tau tapi saya ade beberapa boot lagi.
 
“So awak boleh bagitau size kasut awak & kenapa awak nak sgt boot ni? Saya akan pilih dan saya akan announce kat story siapa yang dapat boot bola 'Nike magista' first grade!” katanya.
 
Pengikutnya terutama lelaki tidak melepaskan peluang tersebut serta menyertainya untuk mendapatkan kasut tersebut.
 
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam semalam daddy sempat main bola. tolong jgn kecam daddy sebab main kejap je dalam 45minit trus balik sebab nenek kata nenek tolong jaga baby?. Bagi daddy kuar peluh sket utk kesihatan⚽️?‍♂️ . So sempena kelahiran baby boy ni, saya nak bagi HADIAH Boot bola Nike Magista (1st grade) pada yang bertuah. Free je tao. Tak perlu bayar, tak perlu merungut. Boot ni saya jarang sgt pakai. Saya pakai 2 3 kali je. Saya bukan letak jawatan main bola tao tapi saya ade beberapa boot lagi.So awak boleh bagitau size kasut awak & kenapa awak nak sgt boot ni? Saya akan pilih dan saya akan announce kat story siapa yg dpt boot bola 'Nike magista' first grade! . Slide utk tgk gambar boot dengan lebih jelas . Pemenang saya akan bagitau kat story saya esok pukul 8mlm??? . #anakdaddy

A post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on

Advertisement

Must-Watch Video