Skip to main content

Viral

Selepas Yuna & Layla Sania…Giliran Dolla Pula di Billboard New York Times Square!

dolla-ny.jpg
Selepas Yuna dan Layla Sania, kumpulan Dolla pula muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Penampilan Dolla yang  mewakili  negara  Malaysia  pada  papan  iklan  terkenal  itu  adalah  sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Dolla juga merupakan artis  Malaysia ketiga yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square.

Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara, dan Dolla telah dipilih sebagai muka hadapan mewakili senarai  lagu EQUAL Malaysia dan Singapura. 

Teruja apabila diberitahu tentang perkara tersebut, Dolla yang terdiri daripada empat orang anggota iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel menganggap ia sebagai satu penghormatan terbesar dalam karier mereka.

“Kami tak mampu nak luahkan perasaan kami sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat sebuah kumpulan  nyanyian  seperti kami  yang  baru  hendak  bertatih.

“Kami  harap  kami  akan  dapat terus membanggakan dan menghiburkan para peminat ,” kata Sabronzo mewakili Dolla.

EQUAL merupakan program peringkat  global  oleh  Spotify  yang memperjuangkan kesamaan wanita  menerusi audio, dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Dolla yang  ditubuhkan  pada  tahun 2019 itu mula  menggegar  industri  muzik  tempatan  dengan penampilan mereka yang agak berani serta gaya persembahan mengagumkan.

Bersenjatakan  gerak  tari  yang  lincah  dan  gaya  penampilan  fesyen  yang  sensasi,  kumpulan  ini  terus meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang mereka persembahkan.

Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air.

Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020.

‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea.

Mereka  juga  mengambil  bahagian  dalam  sebuah  lagu  kerjasama  anjuran ABS-CBNFilipina  berjudul HEAL, sebuah kolaborasi bersama 13 artis Wanita di Asia Tenggara.

Pada tahun 2021, lagu ‘Raya Raya Raya’, meraih empat juta tontonan di YouTube.

Advertisement

Must-Watch Video