Skip to main content

Trend Pasaran

Selepas 6 Tahun, 'Budak Jahat' Ini Akhirnya Kembali Menemui Penonton Pada...

badboys3.jpg
Filem detektif paling popular sekitar 90-an, Bad Boys kembali memeriahkan pawagam dengan kemunculan sekuel terbarunya menjelang tahun depan.
 
Tampil dengan tajuk Bad Boys for Life, filem terbaru ini masih menampilkan pelakon asal yang serba ikonik, Will Smith (Detektif Mike) dan Martin Lawrence ( Detektif  Marcus Burnett).
 
Video 'trailer' Bad Boys for Life telah pun dimuat naik di YouTube rasmi Sony Pictures Entertainment dan sehingga kini telah ditonton sebanyak satu juta kali.
 
Menerusi video tersebut, kedua-dua watak utama dipamerkan sebagai anggota polis yang sudah bersara, namun terpaksa menyelesaikan misi buat kali terakhir.
 
Anda boleh lihat bagaimana kedua-dua detektif yang agak berusia ini cuba menyelesaikan masalah jenayah yang ditugaskan.
 
Sejauh mana filem ini akan diterima peminat, sama-sama kita tunggu tarikh tayangannya yang dijangka pada Januari 2020.
 
Untuk rekod, filem pertama Bad Boys ditayangkan pada April 1995 dan telah mengaut keuntungan sebanyak USD141.4 (RM592 Juta).
 
Sekuel keduanya pula ditayangkan pada Julai 2003 dengan kutipan mencecah RM1 Bilion.
 

Must-Watch Video

Advertisement