Skip to main content

Berita Tempatan

“Selamat Datang Anakandaku…”- Raqib Majid Timang Cahaya Mata Permata

raqibmajidanak.jpg
Penyanyi Raqib Majid selamat menimang cahaya mata pertama.

Raqib berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.

Bekas bintang Akademi Fantasia 9 (AF9) itu bersyukur kerana isterinya, Tasha Manshahar selamat melahirkan zuriat sulungnya.

“Alhamdulilah. Terima kasih isteriku sayang @tashamanshahar . Selamat datang anakandaku.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih kepada semua uncle, aunty kat instagram ni sebab doakan anak sulong saya & @tashamanshahar ,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut Raqib turut memuat naik videonya yang sedang mengazankan bayinya.

Raqib dan Tasha telah dihujani ucapan tahniah dairpada peminat dan pengikutnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
 

Advertisement

Must-Watch Video