Skip to main content

Viral

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?

rt_2.jpg

Peningkatan kos bahan mentah berkemungkinan bakal menyebabkan harga barang makanan melonjak naik.

Terbaru, desas desus mengatakan harga roti canai akan meningkat sedang rancak diperkatakan disebabkan kos harga gandum yang turut meningkat.

Advertisement

Menerusi laporan FMT, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan harga gandum sedia tinggi sebelum pengharaman eksport oleh India. 

Pun begitu, beliau menegaskan ahli PRESMA sedang sedaya upaya mengelak daripada meningkatkan harga jualan.

"Walaupun ada beberapa restoran telah menaikkan harga mereka baru-baru ini, terdapat kemungkinan kenaikan harga selanjutnya," katanya.

Terdahulu, kerajaan telah mendakwa pengharaman eksport gandum oleh India tidak akan memberikan kesan di Malaysia kerana kita mengimport 80% daripada bekalan gandum dari Australia.

Untuk rekod, harga roti canai sekeping adalah sekitar RM1.20 ke RM1.70. 

Sumber: RNGGT/FMT



 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video