Personaliti media sosial dan usahawan, Cik Epal baru sahaja muncul dengan single baharu berjudul, 'Cukup Sampai Di Sin'.
"Haha bercerita dalam lagu dan MV aku saja. Cuma aku mahu kalau lelaki dan perempuan yang ada suara sedap-sedap tu boleh cover lagu aku. Nanti tag/mention aku okay,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Terdahulu, Cik Epal pernah berseleroh meminta penyanyi, Aepul Drama Band untuk mencipta lagu buat dirinya.
Terima pelbagai reaksi netizen
Lagu tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi netizen tidak kira sama ada positif dan negatif mengenai suaranya.Tidak ambil hati dengan komen netizen, Cik Epal bagaimanapun mengakui suaranya hanyalah biasa-biasa sahaja dan bukan bertaraf penyanyi profesional.
“Bila Ippo Hafiz bagi demo ni je aku terus approve! Lagu Cukup Sampai Sini ini key lelaki sebenarnya. Bila Ippo Hafiz yang nyanyi lagi meledak lah. Aku tahu suara aku biasa-biasa sahaja.