Penyanyi popular, Hael Husaini akan melancarkan lagu raya ciptaanya sendiri tidak lama lagi.
Menurut Hael, dia sudah lama berhasrat untuk menghasilkan lagu raya tetapi tidak berpeluang sebelum ini.
"Sebagai seorang anak seni, saya sangat berminat untuk menghasilkan lagu raya sediri, Alhamdulillah, tidak lama lagi saya akan melancarkan lagu raya ciptaan saya.
"Saya berasa sangat gembira, dah lama saya mahu hasilkan lagu raya cuma sebelum ini saya belum berpeluang melakukannya.
"Bercakap soal penerimaan di kalangan pendengar, sebenarnya ia bergantung kepada citarasa masing-masing, saya harap semunya baik-baik sahaja untuk saya," katanya kepada Gempak.
Hael ditemui di acara karpet merah Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil Ahad lalu.
Hael dan Dayang Nurfaizah telah merangkul trofi bagi kategori Group/Duo Meletop dalam anugerah berprestij itu.