Tak Baca Komen
Menurut Sherry, setiap anak seni perlu berdepan dengan perkara tersebut biarpun dirinya sudah lama mengabdikan diri dalam industri.
“Saya tak baca sangat komen. Biasalah, dalam hidup ada yang suka dan tidak tapi saya seorang positif.
“Kalau komen itu buruk saya anggap ia sebagai kita belajar dari kesilapan,” katanya kepada Gempak.
Elak Cakap Fasal Orang Lain
Dalam pada itu, pelakon drama Khunsa itu sentiasa berkata-kata positif selain mengelak untuk bercakap tentang orang lain.
“Saya ‘body shaming’ diri sendiri. Saya selalu bagi kata positif seperti ‘aku cantik, aku lawa’, jadi orang tahu itu signature Sherry Alhadad.
“Saya elak untuk bercakap tentang orang tetapi apapun pasang niat untuk kita untuk hiburkan orang.
Advertisement
“Kalau terlepas mungkin tidak sedar tapi itulah GV. Dia ada signature tersendiri. Saya cuba jadi diri sendiri,” tutupnya.
GV11 yang berlangsung selama 12 minggu ini akan bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.