Penyanyi Siti Nordiana mengakui tujuannya terus menghasilkan karya yang berkualiti adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Menurut Siti Nordiana atau lebih selesa dipanggil Nana, berkata, dia tidak meletakan apa-apa sasaran untuk memenangi anugerah menerusi lagu-lagu yang dihasilkan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana karya seni saya masih diterima oleh orang ramai malah ada yang tidak jemu menyokong saya daripada dulu sehingga sekarang.
"Terus terang saya katakan saya buat lagu bukan untuk menang anugerah dan popular. Saya tidak pernah fikir sampai ke situ.
"Bagi saya kalau menang itu bonus dan saya buat lagu untuk kelangsungan hidup, agar terus mendapat jemputan nyanyian serta memastikan peminat suka dengan nyanyian saya.
"Saya gembira kerana lagu-lagu saya seperti Memori Berkasih, Gurauan Berkasih dan Paling Comel masih diingati sehingga sekarang.” katanya kepada Astro Gempak.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu terbarunya, Hatiku Milikmu di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.