Skip to main content

Budaya Popular

"Saya Beli Jaket Mahal, Sampai Hati Cakap Macam Rider Makanan" - Leona

astro_gempak_leona-makanan.jpg
Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona menzahirkan rasa kecewa selepas jaket yang dibelinya disamakan dengan baju syarikat servis penghantaran makanan.

Menerusi hantaran di TikTok, anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman itu bagaimanapun tidak melatah namun bersetuju bahawa baju tersebut mempunyai persamaan dengan uniform syarikat p-hailing berkenaan.
 
@leonathe2nd

Ahhhhh boleh lah

♬ original sound - le yoooooooo na
“Korang, saya beli jaket ni mahal-mahal tapi sampai hati korang cakap ‘tak tahu pula Leona buat FoodPanda’.

“Nak marah pun macam, nampaklah ada persamaan tu. Sejujurnya, kalaulah saya pandai bawa motor, saya akan cuba pekerjaan tu. Tapi basikal pun Leona tak reti bawa,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Leona selain ada segelintir yang memuji sikap ‘infleuncer’ itu sebagai tidak panas baran.

“Okaylah comel je, ada Foodpanda yang jalan kaki tu Leona.

“Dia ni tak pandai marah, Bahasa Melayu dia pun semakin baik.

“Comel je Leona ni kalau bercakap.

“Leona memang tak pandai marah, comel!," komen beberapa netizen.

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis hantaran itu meraih lebih 200,000 tontonan dan hampir tiga juta tontonan di TikTok.

Advertisement

Must-Watch Video