Kes itu tular selepas dilaporkan wanita terbabit memukul anak kerana berbalas kata ‘kau–aku’ ketika bergaduh.
Advertisement
Menerusi ruangan komen di media sosial, Azhar menyatakan dia sanggup mengambil tindakan fizikal yang keras sekiranya anaknya berkelakuan kurang ajar seperti dalam kes tersebut.
“Saya akan baling kerusi ke kepala anak kalau buat macam ini… kuang ajar tahap tertinggi!,” katanya.
Kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang berpendapat ia tidak wajar walaupun mungkin sekadar gurauan.
“Mana iman… Subhanallah kuatnya iman. Islam ajar sabar, Allah sedang uji iman seseorang di dunia.
“Pakcik ini suka betul meraih perhatian. Rasanya selebriti memang dahagakan perhatian setiap masa.
“Kena ingat, Azhar… kita bukan lagi di zaman 80-an atau 90-an. Masyarakat sekarang tidak terima hukuman macam dulu. Zaman dah berubah.
“Islam tak pernah ajar kita untuk bertindak ganas pada sesiapa pun. Bukan pada tahun 80-an, bukan pada tahun 90-an, dan bukan juga sekarang,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, konflik antara Anna Jobling dan ibunya kini berada dalam perhatian umum selepas laporan menyebut pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu mendapatkan perintah injunksi dan Perintah Perlindungan Interim (IPO) daripada Mahkamah.

Eratkan Ikatan Keluarga
Kasih sayang itu tidak hilang, ia hanya tersembunyi di sebalik salah faham. Luangkan masa untuk bersama, ketawa, dan saling memahami semula. Setiap detik kecil yang kita kongsi adalah langkah memulihkan hati.
Adventur Keluarga Disini