Skip to main content

Berita Tempatan

Rumah Cucu Tun M Dipecah Masuk, Rugi RM1.8 Juta

astro_gempak_tun_m.jpg
Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerugian kira-kira RM1.8 juta selepas kediamannya di Bukit Ledang Kuala Lumpur dipecah masuk, kelmarin

Sumber berkata, kejadian disedari berlaku jam 3 petang apabila pembantu rumah mangsa menghubunginya memberitahu pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan bilik mangsa dimasuki pencuri.

"Mangsa kemudian membuat semakan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk di biliknya.

"Mangsa melakukan pemeriksaan dan mendapati beberapa barang miliknya hilang,"katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan ketika dihubungi mengesahkan berhubung kejadian.

"Kerugian dianggarkan bernilai RM1.8 juta iaitu membabitkan kehilangan barang kemas di bilik mangsa.

"Suspek setakat ini masih belum dikenal pasti, siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan termasuk meneiliti kamera rakaman litar tertutup (cctv) di kediaman terbabit," katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Must-Watch Video