Menerusi video yang dikongsi di platform TikTok, memaparkan Syed Saddiq yang sedang memerhatikan gerak-geri Bella ketika dia melakukan babak lakonan bersama seorang pelakon lelaki.
@qgun_official Pilihin dong kuning atau keriting? 🤣
♬ suara asli - @korizen_ nda14🕊️ - @korizen_ nda14🌹
Netizen usik
Bagaimanpun, riak wajah yang dipaparkan ahli politik itu menjadi sorotan netizen apabila ada peminat yang mendakwa dirinya sedang cemburu.
“Ada bau-bau cemburu,” tulis peminat.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen seperti kebiasaannya, rata-rata meluahkan rasa teruja dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Ok faham. Saddiq jeles ketip bibir dan senyum untuk cover jeles. Chill abang berlakon saja.
“Cemburu tu kan tanda sayang.
“Tiada yang teman saya pergi kerja pun,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, hubungan kisah cinta Bella dan Syed Saddiq dikatakan hanya sebagai gimik pemasaran bagi sebuah jenama fesyen.
Terdahulu, Saddiq juga pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.