Tular di aplikasi X apabila peminat teruja melihat rapper dari Korea Selatan iaitu DPR Ian sedang menjamu selera di sebuah restoran makan melayu.
Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi rapper itu sedang menikmati hidangan tersebut sambil menggunakan tangan tanpa sudu dan grafu.
“Saya tak sangka DPR Ian boleh makan nasi berlauk dengan tangan tanpa guna sudu grapu? Adakah itu bermakna saya boleh bawa dia ke restoran biasa?
Advertisement
“Memang comel sangat! Ian juga tahu macam mana mahu ucapkan terima kasih dalam Bahasa Malaysia! Comel betul!,” kata individu tersebut menerusi ciapan di platform X.
yah i didn’t know ian could eat typical sea crumbly rice with his bare hand ?? without cutlery??? does that mean i can bring him to a sundanese restaurant?? also eddie added nasi for ian is so cute awkajw and him realizing that thank you in malaysian is terima kasih too.. cute ? pic.twitter.com/CIoUxziRq9
— fay ? (@mito_is_real) December 17, 2024
Pada masa sama, DPR Ian, atau nama sebenarnya Christian Yu, 34, turut berkongsi gambar di Instagram Story sedang memegang gelas besar air sirap selasih yang dihias dengan daun pandan, bersama beberapa hidangan kuih tradisional di atas pinggan antik.
Menerusi hantaran tersebut, rapper itu menyatakan keterujaannya untuk membuat persembahan dalam DPR Ian’s The Dream Reborn World Tour 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, malam ini.
“Jumpa malam ini Malaysia,” katanya menerusi kapsyen di Instagram Story.