Pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa terharu apabila diberi peluang untuk membuat persembahan muzik bersama figura tersohor negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Bella berkongsi perasaannya itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Bella, dia tidak akan sesekali melupakan momen berharga yang dilabelkan sebagai umpama mimpi jadi kenyataan.
“Sebab saya tak pernah terfikir perkara seperti ini akan berlaku. Alhamdulillah!” tulisnya.
Tambah Bella lagi, hari istimewa itu bukan sahaja memberi peluang kepadanya untuk bermain muzik di sisi Tun Hasmah, malah turut diserikan dengan pertemuan penuh makna bersama ikon negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Hari ini, saya dapat bertemu dengan mereka, bermain muzik bersama Tun Hasmah, dan berkongsi cerita serta gelak tawa.
“Tun M dan Tun Hasmah dengan begitu baik hati menjemput saya untuk makan tengah hari, walaupun saya sudah lewat untuk ke kelas (dan sejujurnya, saya tak kisah langsung hehe),” coretnya.
Bagaimanapun kata Bella, momen istimewa itu membuatkan dirinya berasa sebak seketika kerana terharu dengan sikap mesra dan keperibadian mulia pasangan negarawan itu.
“Semoga Allah SWT terus kurniakan kesihatan yang baik buat mereka berdua. Insya-Allah,” kongsinya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Bella:
Umpama mimpi

“Masih lagi rasa seperti mimpi jadi kenyataan. Bulan lepas, mama saya terima satu panggilan, satu jemputan untuk saya membuat persembahan bersama Tun Hasmah.
“Pada mulanya saya tak percaya, sehinggalah saya sendiri nampak mesej itu dan bercakap dengan Kak Maryam dan Kak Azah.
“Sebab saya tak pernah terfikir perkara seperti ini akan berlaku. Alhamdulillah!” tulisnya.
Tambah Bella lagi, hari istimewa itu bukan sahaja memberi peluang kepadanya untuk bermain muzik di sisi Tun Hasmah, malah turut diserikan dengan pertemuan penuh makna bersama ikon negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Hari ini, saya dapat bertemu dengan mereka, bermain muzik bersama Tun Hasmah, dan berkongsi cerita serta gelak tawa.
“Tun M dan Tun Hasmah dengan begitu baik hati menjemput saya untuk makan tengah hari, walaupun saya sudah lewat untuk ke kelas (dan sejujurnya, saya tak kisah langsung hehe),” coretnya.
Rasa sebak lihat keperibadian Tun
Bagaimanapun kata Bella, momen istimewa itu membuatkan dirinya berasa sebak seketika kerana terharu dengan sikap mesra dan keperibadian mulia pasangan negarawan itu.
“Tadi ternangis sekejap, mereka berdua sangat baik, sweet, mesra, dan tulus. MashaAllah.