Skip to main content

Viral

“Ramai Peminat Minta, Tapi…” - Alif Satar Tak Yakin Untuk Buat…

untitled-design-2019-09-06t184825-675.jpg
Penyanyi Alif Satar mengakui lebih selesa mengadakan konsert mini berbanding sebuah konsert besar untuk semua peminatnya.
 
Menurut Alif, dia kurang berkeyakinan untuk mengadakan konsert ekoran melihat dirinya yang belum bertaraf penyanyi nombor satu negara.
 
“Ramai peminat di Instagram yang meminta saya melakukan konsert berskala besar tapi saya tak berapa yakin.
 
“Saya lebih selesa untuk membuat konsert mini dan konsert jelajah dimana saya rasa lebih dekat dan intim dengan peminat. Jelajah ke tempat mereka dan kalau mereka tak boleh datang di satu-satu lokasi, mereka boleh pergi ke lokasi yang lain,” ujar Alif kepada Gempak.
 
Alif ditemui ketika menjadi pengacara bagi majlis perasmian label baru minyak masak ALIF yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Selasa.
 
Namun, dia berdoa dan berharap dapat sampai ke satu tahap yang membanggakan seperti yang diidamkan oleh semua penyanyi.
 
Terbaru, Alif akan mengadakan siri jelajah ‘I Want You To Love Me’ bermula September ini.
 
Jelajah ini akan diadakan di empat lokasi bermula Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
 
Dalam perkembangan lain, Alif kini sedang sibuk dengan program Big Stage 2.
 
Dihoskan oleh Alif dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
 
Rancangan ini ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
 
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
 

Must-Watch Video

Advertisement