Skip to main content

Berita Tempatan

“Ramai Hadir Solatkan, Iringi Jenazah…”- Pelakon Gerak Khas, ‘Detektif Wong’ Meninggal Dunia

detektifwongmeninggal.jpg
Pelakon Ruzlan Shah Abdullah yang memegang watak Detektif Wong dalam drama kepolisan bersiri popular Gerak Khas, dilaporkan meninggal dunia semalam.

Berita kematian itu disahkan beberapa rakan artis yang berkongsi khabar duka itu di akaun Instagram masing-masing.
 
Pengarah Syamsul Yusof antara individu yang rapat dengan Allahyarham, akui tersentak dengan kehilangan pelakon itu yang disifatkan sangat baik dan disenangi ramai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Harini aku tersentak,sedih bila dpt whatsapp abg Lan dah meninggal dunia.Niat nak lawat beliau lepas Jumaat tadi,namun Allah lebih awal menjemputnya. Arwah seorang insan yg sangat baik pd aku,sentiasa menyokong dan byk beri kata2 semangat.Kami pernah rapat.Selalu bersembang ttg ujian kehidupan dan nasib diakhirat. Aku sugul.Waktu menatap wajah beliau buat kali terakhir tadi,beberapa sahabat menangisi permergiannya.Aku yakin abg Lan baik dgn smua kawan2.Kerana itu ramai sahabat yg hadir utk solatkan dan iringi jenazah ke kubur. Jika Allah izin,kita akan bertemu kembali ditempat yg lebih baik abgku.YaAllah, ampunkanlah abg Lan. Ampunkanlah kami semua yaAllah.Tempatkanlah kami dikalangan org2 yg Engkau sayang ya Rob. Sy mohon smua sahabat doakan yg terbaik buat arwah Ruzzlan Shah Abdullah. Haih..inilah kehidupan dunia,hari ini kita terkejut dgn kematian org.Esok,orang pula akan terkejut dgn kematian kita.Adakah kita sudah bersedia dgn kehidupan yg jauh lebih panjang 'itu'..

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on


Rakan pelakon lain dalam Gerak Khas yang bergandingan dengan Allahyarham Sheera Iskandar dan Salina Saibi juga antara yang berkongsi berita tersebut di IG miliknya. 
 

Pemergian pelakon itu mengejutkan banyak pihak dan sehingga berita ini ditulis, punca kematian masih belum diketahui. 

Difahamkan mayatnya semalam terakhir berada di HUKM.
 
 

Advertisement

Must-Watch Video