Skip to main content

Berita Tempatan

Polis Sahkan Pesawat Ringan Terhempas Di Kapar, Klang

kapal-terbang.jpg

Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, Kampung Tok Muda, Klang pada Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Astro Awani.

BERITA TRENDING: Tragedi Elmina: 10 Maut, Hanya Mayat Penunggang Motosikal Ditemui Sempurna


Beliau memberitahu, setakat ini belum ada sebarang perincian mengenai jumlah mangsa dan punca kejadian.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba, Selangor menerusi satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran melibatkan air craft Aviation Safety Teknologi itu pada pukul 1.56 petang.

BERITA TRENDING: Video Dashcam Kereta, CCTV Rumah Jadi ‘Saksi’ Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

Advertisement

Kenyataan itu memberitahu, kerja-kerja mencari mangsa dijalankan.

Berdasarkan gambar yang dikongsi Jabatan Bomba, keadaan pesawat itu berkecai dipercayai kerana impak kemalangan itu.

Sumber: Astro Awani

Must-Watch Video