Skip to main content

Komen

#PMTepiKakGee; Suami Sudah Lebih 7 Bulan Di Singapura, Isteri Tak Tahan Tanggung Rindu

befunky-collage-4079.jpg
SOALAN

Hi Kak Gee, nama saya Im. Saya tahu mungkin pada orang yang tak melalui pengalaman ini akan berasa apa yang saya luahkan ini remeh.

Tapi percayalah, selepas Covid 19 melanda dunia, kehidupan saya dan suami berubah. 

Suami bekerja di Singapura dan saya bersama anak sulung kami yang baru berusia 4 bulan pula di Johor Bahru.

Selepas sempadan ditutup, sehingga kini sudah 8 bulan saya tak bertemu suami dan anak membesar sendiri malah saya juga melahirkan anak seorang diri.

Betapa beban dan rindunya kepada suami dan begitu juga dia kepada saya, hanya Allah yang tahu.

Saya mohon sama sama kita berdoa agar Covid 19 pulih dan keluarga yang terpisah seperti saya dapat berkumpul dengan yang tersayang semula.

Yang Benar,
Im


Kredit Foto: Wikipedia

JAWAPAN

Hi Im, Kak Gee tumpang simpati dan berharap Im terus tabah, kuat serta jangan putus berdoa. 

Kita semua sama sama berdoa agar musibah ini segera hilang dari dunia.

Kak Gee harap walaupun sukar menahan rindu, Im ingat pengorbanan anda, pengorbanan suami akan dibalas Allah dengan sangat banyak.

Selalu positifkan diri juga bahawa suami terkandas di Singapura demi mencari rezeki buat anda dan anak. Dan anda di Johor pula berkorban menjadi isteri dan ibu yang membesarkan anak kalian.

Bersabar, hanya itu yang Kak Gee boleh katakan kerana sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Jaga diri dan selalunya berkumpul dengan keluarga supaya anda dan anak tidak berasa kesunyian.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Must-Watch Video

Advertisement