Skip to main content

Komen

#PMTepiKakGee; Pelajar Tak Sedia Ke Sekolah 15 Julai Ini, Baca Tips Ringkas Ini

befunky-collage-3375.jpg
SOALAN

Saya tak bersedia nak ke sekolah pada 15 julai ini. Banyak homework belum siap. Tolong.

Yang Benar,
Sya

Kredit Foto: Astro Awani



JAWAPAN

Hi Sya, apa khabar? Macam mana dengan perasaan sekarang makin tak bersedia ke sekolah ke memandangkan  tinggal 5 hari saja lagi sekolah kembali dibuka setelah terpaksa ditutup kerana pandemik Covid 19.

Rileks, Sya. Tak seharusnya awak rasa tak bersedia untuk ke kembali sekolah, apa lagi kerana banyak kerja sekolah belum dilunaskan.

Kak Gee rasa, kerajaan sudah cukup memberi tempoh buat semua pelajar dan guru guru membuat persediaan sebelum kembali ke sekolah pada 15 Julai 2020 mendatang dengan membuat pengumuman lebih awal.

Jadi seharusnya sebaik pengumuman dibuat Sya sudah mula melaksanakan sedikit demi sedikit kerja sekolah yang langsung mungkin tidak anda sentuh sepanjang PKP dilaksanakan.

Sya, sebagai seorang pelajar, selain hadir ke sekolah dan belajar, adalah tanggungjawab serta amanah buat kita menyudahkan semua tugasan yang diberi oleh guru. Jangan sia siakan peluang yang anda dapat di sekolah.

Kak Gee mahu bermula hari ini anda tanamkan dalam diri sekolah atau kerja sekolah bukan satu beban. Tapi adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi kebaikan masa depan anda.

Jangan sampai menyesal nanti bila anda sudah menamatkan persekolahan kerana banyak kenangan dan perkara manis sebenarnya yang terjadi di usia remaja dan alam persekolahan banyak membentuk diri kita pada nanti.

Kak Gee tahu rasa tak sedia tu hanya sindrom sebab sudah lama 'santai', jadi sekarang adalah masanya kembali bersemangat ke sekolah. Anggaplah sekolah seperti tempat yang sangat mengembirakan anda, ada banyak kawan kawan dan kerja sekolah dapat disiapkan dengan melakukannya bersama sama.

Okay Sya, semangat ya! Jangan malas malas dan selamat bersekolah. 



Itu kisah Sya, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Must-Watch Video

Advertisement