Skip to main content

Berita Tempatan

"Phui! Hoi Kita Ni Manusia Biasalah Macam Korang Semua Yang..." - Michael Ang

michael-angg.jpg
Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang meluahkan rasa kesal apabila setiap tindakan yang dilakukan olehnya sering mendapat kritikan daripada netizen.

Menerusi entri di Instagram (IG), Michael menjelaskan sebagai seorang selebriti, dia turut berhak meluahkan pendapatnya di laman sosial.

"Salam semua! Sorry post gambar muka tak senonoh tapi ini adalah apa yang dirasai oleh saya sekarang ini.

"Netizen rasa artis ni kena cakap benda-benda yang elok saja dan berkelakuan alim! Phui! Hoi kita ni manusia biasalah macam korang semua yang makan dan berak! Tak ada beza! 

"Kita pun akan luahkan apa kita nampak, dengar dan rasa. Ada kalanya tak semua yang kita cakap betul tapi itu hak kita untuk luahkan perasaan kita," tulisnya.

Sementara itu, Michael turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan agama dan bangsa lain untuk mengutuk orang lain dalam memberikan pendapat.

"Sila hadam tu sebelum nak kutuk kita! Especially do not use race or religion walaupun nak kutuk!

"What makes you all think you are any better race or religion then the next person to you! Luv you all! Oh yes malam ni #dramasweetdreams 10 malam kat astro Ria dan Ria HD. Jangan lupa minggu akhir ni," tulisnya.
 

Drama bersiri ini menampilkan gandingan pertama Ben Amir dan Mira Filzah di kaca televisyen dan ia diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Must-Watch Video

Advertisement