Pelawak dan pengacara Ajak Shiro mengakui kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan terhadap kebaikkan yang dilakukan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ajak menjelaskan tindakkan beberapa orang selebriti mengubahsuai motosikal Y15ZR atau Ysuku adalah untuk mengumpul golongan 'Mat Moto' dalam melakukan kerja amal telah disalah erti oleh orang ramai.
"Kita ride hari itu sambil bantu golongan gelandangan, tapi yang elok macam ini ada orang nampak ke?
"Lumrah manusia. Benda baik walau dah nampak dipejamkan matanya. Benda buruk walau tak nampak seolah dia tau segala cerita.
"Nanti ada la komen niat tak menghalalkan cara. Apa-apa la Brother. Pernah ke aku suruh korang berlumba? Cari penyakit buat apa," tulisnya.
Semalam, pihak polis memberi amaran kepada penunggang motosikal berikutan tindakan mereka yang gemar mengubahsuai motosikal tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurut laporan sebuah akhbar, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal Y15ZR atau Ysuku jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.
Menerusi ruangan komen ada yang bersetuju dengan pendapat diberikan oleh Ajak namun terdapat juga pihak yang tidak bersependapat dengan apa dikatakan olehnya.
Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Ajak akan tampil dalam program terbaharu All Stars Buka Panggung sebagai pengacara bersama Shahrol yang akan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Berikut merupakan para All Stars yang akan bertanding dari minggu pertama hingga ke minggu ke lima.
All Stars Minggu Pertama
1) Datuk Aaron Aziz
2) Yusry
3) Naim Daniel
4) Liyana Jasmay
All Stars Minggu Kedua
1) Datuk Rosyam Nor
2) Datin Diana Danielle
3) Fizo Omar
4) Farahdhiya
All Stars Minggu Ketiga
1) Fahrin Ahmad
2) Zulhuzaimy
3) Sharifah Sakinah
4) Sweet Qismina
All Stars Minggu Empat
1) Datuk Fizz Fairuz
2) Johan As’ari
3) Rita Rudaini
4) Ruhainies
All Stars Minggu Lima
1) Fauzi Nawawi
2) Izzue Islam
3) Noorkhiriah
4) Mona Allen
Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu bagi merebut peluang bertanding pada minggu separuh akhir dan hanya empat peserta yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi.
Untuk setiap minggu, juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air.
Program ini bersiaran selama 7 minggu, setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.