Skip to main content

Berita Tempatan

Pemegang Kunci Kaabah Meninggal Dunia

astrogempak_ketua-pemegang-kunci-kaabah-meninggal-dunia.jpg

Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi telah meninggal dunia, menurut portal haramain.com.

 

Solat jenazah di Masjidil Haram

Advertisement

 

Menurut laporan yang dikongsi di platform media sosial X pada Sabtu, solat jenazah diadakan di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Makkah.

Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.

Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.

Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara. 

Sumber: BERNAMA

Must-Watch Video