Skip to main content

Berita Tempatan

Pandu Kereta Sendiri Ke Majlis Nikah...Rupanya Banyak Lagi Kisah Didedahkan Dalam Buku Mengenai Tengku Permaisuri Selangor

tpsbefunky-collage.jpg
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memandu sendiri ke majlis nikah bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sebuah Masjid Diraja, Shah Alam pada 31 Ogos 2016.

Memetik laporan The Straits Times, perkara itu didedahkan dalam buku mengenai Tengku Permaisuri bertajuk My First Year Journey : From TV News Anchor To Tengku Permaisuri Selangor yang ditulis oleh kakak baginda sendiri, Datin Dr Norely Abdul Rahman.

Buku tersebut menceritakan perjalanan hidup Tengku Permaisuri daripada seorang rakyat jelata kepada seorang insan penting dalam istana.

Buku tersebut turut mendedahkan baginda memandu sendiri ke RTM pula selepas majlis nikah itu untuk menjalankan tanggungjawab kerjanya ketika itu sebagai pembaca berita.

Rahsia perkahwinan Tengku Permaisuri bersama Sultan Selangor dirahsiakan selama tiga hari sehinggalah mereka pergi berbulan madu di Mauritius.

Untuk makluman, naskah berharga itu telah mengambil masa selama hampir tiga tahun untuk disiapkan.

Kepada anda yang berminat untuk membeli buku tersebut, maklumat dan cara pembelian boleh didapati menerusi Instagram Selangor Royal Official. 

Sumber & Foto : The Straits Times
 

Advertisement

Must-Watch Video