Drama Korea popular Hospital Playlist bakal memulakan sesi penggambaran untuk musim kedua Disember ini.
Menerusi laporan media Sports Donga, Hospital Playlist 2 dijangka memulakan penggambaran pada awal Disember dan kini sedang memasuki proses membuat persediaan.
Difahamkan pihak produksi sedang membuat semakan terakhir untuk watak pelakon pembantu.
Walaupun musim terbaharu Hospital Playlist memberi fokus kepada lima watak utama namun kemunculan watak baharu juga bakal menyerikan drama berkenaan.

Dalam pada itu, pihak saluran tvN juga memberikan respon mengenai drama hit tersebut.
“Buat masa ini pihak produksi Hospital Playlist sedang bekerja keras untuk membuat persiapan musim kedua.
“Agak sukar untuk kami mengumumkan tarikh sebenar penggambaran berlangsung, jadi kami harap anda semua memahami keadaan mereka,” kata wakilnya.
Hospital Playlist dibintangi oleh Jo Jung Suk, Yoo Yeon Seok, Jung Kyung Ho, Kim Dae Myung dan Jeon Mi Do.
Hospital Playlist musim kedua dijangka bersiaran pada Jun 2021.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
