Skip to main content

Budaya Popular

Netizen Teruja BTS J-Hope Suka Snek Buatan Malaysia - “Saya Jerit Bila Nampak Dia Suka…”

astrogempak_peminat_terharu_j-hope_suka_super_ring.jpg

Tular sebuah klip video pendek di TikTok memaparkan ahli kumpulan BTS, J-Hope berkongsi antara snek kegemarannya ialah Super Ring, iaitu snek keju popular buatan Malaysia.

Dalam video tersebut, J-Hope memberitahu pengacara program bahawa snek itu sangat sedap dan penuh dengan rasa keju, sambil mengajak pengacara itu untuk turut mencubanya.

“Ia sangat berperisa dan sedap,” katanya. 

Advertisement

Walaupun bintang K-pop terkenal itu menyangka snek tersebut berasal dari Singapura namun, peminat di Malaysia tetap teruja dan bangga kerana J-Hope menyatakan dirinya menyukai snek tempatan itu.

Antara komen yang ditinggalkan adalah: 

“Tolonglah seseorang bagitahu Super Ring tu dari Malaysia.”

“Bangga gila J-Hope suka Super Ring!” 

“Saya jerit depan telefon bila nampak J-Hope suka Super Ring. Bangga wei,” komen dari netizen. 

BERITA BERKAITAN: RM BTS Alami Insomnia, Tak Tidur 78 Jam

BERITA BERKAITAN: RM & V BTS Tamat Khidmat Ketenteraan Harini, Peminat Rai Dengan Penuh Keterujaan - “Selamat Pulang Suamiku”

BERITA BERKAITAN: Wanita Warga Emas Dapat Cium Jin BTS: “Bibir Saya Sentuh Lehernya…”

BERITA BERKAITAN: Sumbang RM700,000  Untuk Hospital Kanak-Kanak Sempena Hari Lahir, J-Hope Janji Nak Buat Setiap Tahun - “Ini Juga Sebagai Tanda…”

Must-Watch Video